Sunday, February 7, 2010

BAB 1: ISTERI GERSANG

2 comments

Pulangnya wani ke kampung untuk mencari kedamaian. Di kampungnya walau tiada pemandangan hijau sawah bendang atau angin dari laut yang sempoi sempoi bahasa namun separuh kedamaian dapat dikecapi olehnya berbanding berada di bandar. Hatinya baru dilukai oleh seorang doktor muda yang kacak bergaya. Hatinya remuk redam apabila mendapat tahu doktor muda yang menjadi pujaannya sejak remaja dulu tidak mencintai dia. "Betulkah dia tak mencintai aku?...tak adil!! aku cintakan dia dah lama...dari dulu tak pernah hilang perasaanku ini!!!" bentak hatinya masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Jejaka impiannya itu pergi membawa haluannya sendiri. Sudah seminggu wani tidak lagi menerima sms ucapan selamat pagi dari jejaka impiannya itu. Mahu saja wani merendahkan maruahnya untuk menghantar sms bertanya khabar jejaka idamannya itu. Tapi keegoannya mengatasi segala galanya. "Tidak!! aku perempuan cantik, berkerjaya..takkan aku nak memulakan tanya khabar dulu padanya. Kalau dia sukakan aku pasti dia akan cari aku dulu."...bisik hati Wani untuk mempertahankan keegoannya itu. Wani memang ego, dia tidak akan mudah menunjukkan perasaan cintanya terhadap Azrai. Azrai pergi kerana keegoan Wani tapi Wani seakan akan tidak sedar hakikat itu. Bagi Wani Azrai pergi kerana tidak mencintainya.

Segalanya bermula apabila pada minggu sebelumnya dia menghantar sms kepada Azrai, bertanya bilakah agaknya Azrai ingin datang meminang dirinya dalam nada bergurau.
Namun sms itu dibalas oleh Azrai dengan memberitahu kepada Wani yang dia ingin menumpukan pada kerjayanya yang ingin bermula itu. Azrai baru saja menghabiskan pengajiannya di dalam bidang perubatan dan kerjayanya baru saja bermula. Tambahan pula Azrai mendapat tahu dia akan dihantar bertugas ke sarawak. Baginya kerjaya adalah nombor satu. Perempuan jatuh kepada nombor dua. Wani tidak dapat menerima Azrai akan pergi ke negeri bumi kenyalang, manakala Wani di semenanjung.

Wani terasa dipermainkan, dia cuba menerima kenyataan yang dia tidak secantik ratu cantik dunia. Ratu cantik dunia pun bisa luka dengan cinta. Inikan pula Wani. Memang wajahnya cantik. Ala ala gadis korea dan mempunyai tubuh seperti model mat saleh yang kurus itu. Tiada lekuk lekuk yang seksi di tubuhnya. Tidaklah secantik ratu cantik dunia. Lagipun Wani tidak mempunyai tubuh seseksi ratu cantik dunia. Wani akui semua lelaki sukakan perempuan yang bertubuh seksi dan mulus. Dia tidak seperti itu. Wajahnya yang comel itu memang mampu membuat lelaki tergila-gilakan nya. Tapi Wani tidak semurah itu untuk mempertaruhkan tubuh demi cinta seperti yang anak anak muda sekarang lakukan. Demi membuktikan cinta kepada lelaki tersebut mereka sanggup menyerahkan segala galanya pada sang lelaki yang sememangnya kucing yang tidak akan menolak ikan di depan mata. Sepanjang hubungannya dengan Azrai dia cuba menjaga dirinya dengan tidak menyerahkan tubuhnya.

"Bila kau nak mendirikan rumahtangga Wani?. Mak teringin nak tengok kau mempunyai keluarga sendiri. " Bising mak Wani bertanya. Adik Wani si Mira hanya gelak gelak kecil. "Kalau mak ade jejaka hensem untuk Wani mak minangkanlah untuk Wani...Wani dah malas nak bercinta. Mak jangan lupa..carikan yang kaya kaya sekali. Kalau ada Dato' dato' macam dato' K tuh pun Wani terima mak.." Balas Wani dengan nada seakan akan kecewa dengan kisah percintaannya. Bukan dia tidak berusaha untuk mencari cinta. Sudah banyak kisah cintanya. Jika dibuat novel pasti laris. Cetus hatinya. Dia seakan-akan sudah mengalah dengan permainan cinta. Umurnya masih muda. 24 tahun. Sikit aja lagi mahu mencapai umur 25 tahun. Dia juga seperti insan biasa yang mendambakan kasih sayang dari seorang lelaki. Tapi kali ini, dia sangat kecewa. Kecewa dengan sikap Azrai. Dia rasa cinta dia terhadap Azrai mendapat balasan yang tidak adil. Dia menyimpan perasaan yang sudah lama terhadap Azrai tapi tidak mendapat balasan seperti yang dia harapkan. Wani hanya mampu menangis dan menangis....dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya. Sebab itu Wani mengambil cuti selama seminggu bercuti di kampung.

bersambung ke bab 2.

Followers

 

My Blog List

Welcome

Cerpen cinta Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez